Saturday, 10 December 2011

Rumusan : Benda Hidup dan Benda Bukan Hidup

Benda Hidup
Semua benda hidup manusia , haiwan dan tumbuhan mengalami proses pembiakan dan tumbesaran. Semua benda hidup memerlukan makanan dan minuman . Semua benda hidup bergerak.

Benda Bukan Hidup
 Benda bukah hidup tidak membiak atau membesar. Benda bukan hidup tidak memerlukan makanan atau minuman.Benda bukan hidup tidak boleh bergerak dengan sendirinya.



SELAMAT BELAJAR DAN MAJU JAYA

SEKIAN.TERIMA KASIH.

BENDA BUKAN HIDUP

BENDA BUKAN HIDUP TIDAK BERGERAK
Benda bukan hidup tidak bergerak dengan sendirinya. Benda bukan hidup bergerak dengan bantuan objek lain seperti manusia atau jentera.

Kereta bergerak dengan menggunakan enjin dan dipandu oleh manusia.




2. BENDA BUKAN HIDUP TIDAK MEMBIAK

    Benda bukan hidup tidak mengalami tumbesaran atau membiak.
    Benda bukan hidup tidak ada dengan sendirinya.
    Benda bukan hidup dibina dan dibuat oleh manusia
   dengan bantuan teknologi dan kepakaran

  Contohnya rumah dibina oleh manusia.

SEMUA BENDA HIDUP BERGERAK

 Manusia , haiwan dan tumbuhan bergerak.
 Apabila manusia dan haiwan bergerak badannya akan berpindah ke tempat lain.Manusia bergerak untuk melakukan aktiviti harian seperti bekerja, pergi ke sekolah dan sebagainya . Haiwan bergerak untuk mendapatkan makanan dan melarikan diri dari musuhnya.


1. Manusia bergerak dengan menggunakan kaki.Manusia   
   boleh berjalan,berlari , melompat dan bergerak bebas.


2. Haiwan bergerak dengan pelbagai bentuk mengikut 
    kehidupannya. Contohnya:
    : haiwan yang boleh berlari seperti kuda,harimau
    : haiwan yang boleh terbang seperti burung,lebah
    : haiwan yang boleh berenang seperti ikan,katak

a. Kuda bergerak dengan empat kakinya. 
   Kuda boleh berlari  dengan pantas.




b.  Burung terbang dengan menggunakan sayapnya.



c. Ikan berenang di dalam air. Ikan berenang dengan 
   menggunakan sirip dan ekornya.



3.Tumbuhan Bergerak

Tumbuhan bergerak kerana bertidak balas dengan rangsangan matahari ,air , tarikan graviti dan sentuhan. Pergerakan tumbuhan dilihat pada pergerakan bahagian-bahagian tertentu seperti akar , batang , dahan , daun.Tumbuhan bergerak dengan pelbagai cara :
:Tumbuhan yang berbatang keras tumbuh menegak seperti pokok durian
: Tumbuhan yang menjalar seperti keledek
: Tumbuhan yang memanjat seperti pokok sirih
: Tumbuhan yang melilit seperti pokok kacang panjang


a. Tumbuhan bergerak balas terhadap ransangan cahaya matahari


b. Tumbuhan bergerakbalas terhadap sentuhan
   Daun semalu menguncup apabila disentuh



c. Pergerakan tumbuhan adalah untuk mendapatkan cahaya matahari    
   Tumbuhan yang menjalar dan merayap ke tempat lapang untuk mendapatkan
   cahaya matahari.
   Pergerakan tumbuhan dapat dilihat pada dahan yang semakin memanjang 
   dan daun yang semakin melebar.
  





Thursday, 8 December 2011

Tumbuhan melalui proses pertumbuhan dan pembesaran

Tumbuhan membiak melalui
a. biji benih
b. keratan batang


Kebanyakan tumbuhan membiak dengan biji benih. Contohnya pokok-pokok bunga semusim, pokok saka dan pokok renek .



Proses Pertumbuhan Tumbuhan melalui biji benih




Manusia dan haiwan memerlukan makanan dan minuman

Manusia dan haiwan memerlukan makanan dan minuman untuk :
1.Mendapatkan tenaga untuk melakukan aktiviti harian
2.Membesar
3. Menjaga kesihatan


Burung memberi anaknya makan




Kuda makan rumput


Manusia minum air


Kucing minum susu

Wednesday, 7 December 2011

Semua benda hidup mengalami proses pertumbuhan dan pembiakan

Manusia dan haiwan mengalami proses pembiakan.
a.Manusia membiak melalui melahirkan anak
b.Haiwan membiak melalui melahirkan anak dan bertelur


Manusia melahirkan anak.
Ibu dan bayinya



Kucing melahirkan anak
Kucing dan anaknya




Ayam membiak melalui telur

                                                                                 


Proses pembiakan rama-rama










Saturday, 22 October 2011

DUNIA SAINS ANDA .



BENDA HIDUP DAN BENDA BUKAN HIDUP


BENDA HIDUP
Manusia , tumbuhan dan haiwan dan  adalah benda hidup. Benda hidup memerlukan makanan dan minuman. Jika tidak minum dan makan mereka akan mati. Benda hidup bernafas , bergerak dan membiak. Benda hidup juga mengalami tumbesaran pembiakan.


Kumpulan Benda Hidup




BENDA BUKAN HIDUP


Benda bukan hidup adalah benda tidak mengalami proses hidup. Benda bukan hidup tidak memerlukan makanan dan minuman. Benda bukan hidup tidak boleh bergerak dengan sendirinya.Benda bukan hidup tidak melalui  proses tumbesaran.


Kumpulan Benda Bukan Hidup








Thursday, 22 September 2011

Adab menuntut ilmu......


Dalam usaha kita untuk menuntut ilmu, seharusnya kita mengetahui dahulu betapa perlunya adab-adab sebelum menuntut ilmu. Perkara ini diperkuatkan lagi dengan kata-kata Ibnul Mubarak dalam sebuah kitab beliau:
"Aku memperlajari adab selama tiga puluh tahun dan aku mempelajari ilmu selama dua puluh tahun. Dan adalah mereka (ulama') mempelajari adab kemudian mempelajari ilmu" [Mansuah al Adab al Islamiah : 15]
Pada pandangan saya, perlunya adab dan ilmu boleh diumpamakan seperti 'adunan untuk membuat roti'. Adab diumpamakan seperti gandum dan ilmu diumpamakan seperti garam. Hendaklah kita memperbanyakkan gandum berbanding garam namun nisbah tersebut haruslah sekata supaya gandum dan garam yang diadun sempurna nisbahnya. Dan ketahuilah, memperbanyakkan adab bersama ilmu yang sedikit lebih baik daripada memperbanyakkan ilmu berbanding adab yang sedikit.
Dalil Menuntut Ilmu
Dalam Surah at Taubah ada menyebut bahawa bukan semua di antara kita pergi untuk berjuang (berjihad). Makanya wajib sebahagian di antara kita pergi memperdalamkan ilmu agama. Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Dan tidaklah (betul dan elok) orang-orang yang beriman keluar semuanya (pergi berperang). Oleh itu, hendaklah keluar sebahagian sahaja dari tiap-tiap puak di antara mereka, supaya orang-orang (yang tinggal) itu mempelajari secara mendalam ilmu yang dituntut di dalam agama, dan supaya mereka dapat mengajar kaumnya (yang keluar berjuang) apabila orang-orang itu kembali kepada mereka; mudah-mudahan mereka dapat berjaga-jaga (dari melakukan larangan Allah)." [At Taubah 9 : 122]
Dan dalam sebuah hadis Rasulullah SAW ada menyebut bahawa sekiranya Allah SWT ingin memberikan hambanya kebaikan, maka Allah SWT akan memberikannya kefahaman dalam agama. Perkara ini yang harus dikejar oleh setiap muslim agar dekat kepada kebaikan yang dijanjikan oleh Allah SWT dengan menuntut ilmu. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Sesiapa yang dikehendaki oleh Allah SWT baginya akan kebaikan, nescaya Allah SWT akan memberinya kefahaman dalam agama" [HR Bukhari dan Muslim]
Adab Menuntut Ilmu
01.Niat yang ikhlas

Menuntut ilmu bukan untuk lulus dalam perperiksaaan, untuk mendapat kerja yang bagus, untuk dikatakan orang yang bijak atau pelbagai lagi niat yang lain melainkan hanya kerana Allah SWT. Daripada Ibn Umar RA sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Sesiapa yang menuntut ilmu kerana selain daripada Allah SWT ataupun menghendaki menuntut ilmu (sebaliknya) selain daripada Allah SWT, maka disediakan tempat duduknya daripada neraka." [HR Tarmizi]
Niat itu sendiri memainkan peranan yang tinggi dalam sesuatu amalan. Setiap amalan kita akan dinilai oleh Allah SWT berdasarkan niat. Maka niatlah segalanya hanya kerana Allah SWT, kerana sesungguhnya Allah SWT tahu apa yang terdetik dalam hati tiap-tiap manusia.
02.Beradab dengan orang yang memberi ilmu

Imam Syafie pernah bekata:
"Sesiapa yang ingin dibuka hatinya oleh Allah, maka hendaklah ia berkhalwah, sedikit makan, menjauhi daripada bergaul dengan orang yang bodoh, dan membenci orang yang tidak berlaku adil dan tidak beradab daripada kalangan mereka yang berilmu" [Kitab Majmuk, Syarah Mazhab, jilid 1, m/s 31]
Pada pendapat saya dalam hal beradab dengan guru, ia memerlukan perbahasan yang panjang. Namun secara ringkasnya bagi kita sebagai penuntut, adab-adab ini haruslah disesuaikan mengikut situasi. Janganlah kita terlalu menghormatinya sehinggakan mengakui kesilapan yang guru itu lakukan dan janganlah juga kita terlalu memperlecehkan sehingga guru itu tidak ikhlas dalam memberi ilmu kepada kita. Hormatnya kita akan guru berubah mengikut situasi dimana hormatnya seorang kanak-kanak tadika dengan gurunya berbeza dengan hormatnya mahasiswa dengan pensyarah.
03.Bersabar dalam menuntut ilmu

Imam Syafie pernah berkata:
"Tidak diperolehi ilmu kecuali dengan bersabar atas kesengsaraan." [Kitab Muntalaqat Talib al Ilmi, Husin Ya'cob, m/s: 237
04.Tulis setiap yang dipelajari

Sahabat Rasulullah SAW sendiri menulis jika ingin menuntut ilmu, adakah kita lebih baik dari mereka dengan tidak menulis apa yang dipelajari?
Abu Hurairah berkata: 
"Tidak ada seorangpun daripada sahabat Rasulullah SAW yang paling banyak meriwayatkan hadis kecuali Abdullah bin Amr bin al Asr, maka sesungguhnya dia telah menulis dan aku tidak menulis" [HR Ahmad dan Baihaqi]
05.Rendah diri

Imam Ahmad bin Hambal berkata:
"Kami diperintahkan supaya tawadhu' (rendah diri) kepada siapa yang kami pelajari ilmu daripadanya." [Kitab Muntalaqat Talib al Ilmi, Husin Ya'cob, m/s 274]
06.Menjahui dari kenyang yang berlebihan

Ibn Jama'ah berkata:
"Sebesar-besar perkara yang menolong seorang penuntut ilmu dengan kefahaman dan tidak rasa jemu adalah makan sekadarnya daripada makan yang halal." [Kitab Fadhlu al Ilmi wa Adab Talabihi, m/s 222]
07.Tidur yang sedikit

Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa berada di dalam taman-taman (syurga) dan mata air, mereka mengambil apa yang diberikan Tuhan kepada mereka. Sesungguhnya mereka sebelum itu (di dunia) adalah orang-orang yang berbuat baik; mereka sedikit sekali tidur di waktu malam dan pada akhir malam mereka meminta ampun (kepada Allah SWT)." [Az Zariyat 51 : 15 – 18]
08.Kurangkan berkata-kata yang tidak menfaat

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka bercakaplah dengan perkataan yang baik ataupun diam." [HR Bukhari dan Muslim]
PENUTUP:
Tiada adab yang lebih sempurna melainkan kita mengikuti adab Rasulullah SAW dan adab mereka yang segenarasi dengan Rasulullah SAW (sahabat), generasi setelahnya (tabi'in) kemudian setelahnya (tabi' tabi'in).
Saya menasihati para pembaca sekalian agar dalam usaha kita untuk menuntut ilmu agama, seharusnya memperbanyakkan adab-adab dalam menuntut ilmu. Namun adab-adab tersebut seharusnya jangan terlalu 'fanatik' sehinggakan memperbetulkan apa yang salah dari mereka yang kita hormati. Manakah yang kalian lebih cintai sama ada pemberi ilmu atau kebenaran? Dan kebenaran itu juga seharusnya dengan ilmu.
Hanya ilmu yang layak untuk menjadi pegangan kita sebagai ummat akhir zaman ialah al Quran, as Sunnah dan sunnah Khulafa' al Rasyidin seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Sesungguhnya barangsiapa di antara kalian yang hidup sepeninggalanku nanti, maka ia akan melihat perselisihan yang banyak. Oleh kerana itu wajib bagi kalian untuk berpegang teguh dengan sunnahku dan sunnah al Khulafa al Rasyidin yang terbina dan terbimbing. Berpeganglah erat-erat denganya dan gigitlah ia dengan gigi gerham." [HR Abu Daud, at Tarmidzi dan lain-lain]