Benda Hidup
Semua benda hidup manusia , haiwan dan tumbuhan mengalami proses pembiakan dan tumbesaran. Semua benda hidup memerlukan makanan dan minuman . Semua benda hidup bergerak.
Benda Bukan Hidup
Benda bukah hidup tidak membiak atau membesar. Benda bukan hidup tidak memerlukan makanan atau minuman.Benda bukan hidup tidak boleh bergerak dengan sendirinya.
BENDA BUKAN HIDUP TIDAK BERGERAK
Benda bukan hidup tidak bergerak dengan sendirinya. Benda bukan hidup bergerak dengan bantuan objek lain seperti manusia atau jentera.
Kereta bergerak dengan menggunakan enjin dan dipandu oleh manusia.
2. BENDA BUKAN HIDUP TIDAK MEMBIAK
Benda bukan hidup tidak mengalami tumbesaran atau membiak.
Benda bukan hidup tidak ada dengan sendirinya.
Benda bukan hidup dibina dan dibuat oleh manusia
dengan bantuan teknologi dan kepakaran
Apabila manusia dan haiwan bergerak badannya akan berpindah ke tempat lain.Manusia bergerak untuk melakukan aktiviti harian seperti bekerja, pergi ke sekolah dan sebagainya . Haiwan bergerak untuk mendapatkan makanan dan melarikan diri dari musuhnya.
1. Manusia bergerak dengan menggunakan kaki.Manusia boleh berjalan,berlari , melompat dan bergerak bebas.
2. Haiwan bergerak dengan pelbagai bentuk mengikut
kehidupannya. Contohnya:
: haiwan yang boleh berlari seperti kuda,harimau
: haiwan yang boleh terbang seperti burung,lebah
: haiwan yang boleh berenang seperti ikan,katak
a. Kuda bergerak dengan empat kakinya.
Kuda boleh berlari dengan pantas.
b. Burung terbang dengan menggunakan sayapnya.
c. Ikan berenang di dalam air. Ikan berenang dengan
menggunakan sirip dan ekornya.
3.Tumbuhan Bergerak
Tumbuhan bergerak kerana bertidak balas dengan rangsangan matahari ,air , tarikan graviti dan sentuhan. Pergerakan tumbuhan dilihat pada pergerakan bahagian-bahagian tertentu seperti akar , batang , dahan , daun.Tumbuhan bergerak dengan pelbagai cara :
:Tumbuhan yang berbatang keras tumbuh menegak seperti pokok durian
: Tumbuhan yang menjalar seperti keledek
: Tumbuhan yang memanjat seperti pokok sirih
: Tumbuhan yang melilit seperti pokok kacang panjang
a. Tumbuhan bergerak balas terhadap ransangan cahaya matahari
b. Tumbuhan bergerakbalas terhadap sentuhan
Daun semalu menguncup apabila disentuh
c. Pergerakan tumbuhan adalah untuk mendapatkan cahaya matahari
Tumbuhan yang menjalar dan merayap ke tempat lapang untuk mendapatkan
cahaya matahari.
Pergerakan tumbuhan dapat dilihat pada dahan yang semakin memanjang
BENDA HIDUP Manusia , tumbuhan dan haiwan dan adalah benda hidup. Benda hidup memerlukan makanan dan minuman. Jika tidak minum dan makan mereka akan mati. Benda hidup bernafas , bergerak dan membiak. Benda hidup juga mengalami tumbesaran pembiakan.
Kumpulan Benda Hidup
BENDA BUKAN HIDUP
Benda bukan hidup adalah benda tidak mengalami proses hidup. Benda bukan hidup tidak memerlukan makanan dan minuman. Benda bukan hidup tidak boleh bergerak dengan sendirinya.Benda bukan hidup tidak melalui proses tumbesaran.